fbtwitterrss
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
  jata header
 
Awam Swasta Warga
[ x ]
 
wte
[ x ]
 
survey

Soalan Lazim Berkaitan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca

Soalan - soalan kerap ditanya berhubung pengasingan sisa pepejal di Punca
    pengasingan sisa dipunca Soalan Lazim berkaitan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (PENGUATKUASAAN)
1. Apakah maksud pengasingan sisa pepejal di rumah?
  Pengasingan sisa pepejal di rumah adalah proses mengasingkan sisa pepejal yang dihasilkan di rumah mengikut komposisi sisa pepejal seperti kertas, plastik, lain-lain ( kaca/seramik,tin aluminium/besi/logam, sisa elektronik/barang elektrik lain,bahan fabric/kasut/getah/kulit dan sisa berbahaya), sisa kebun/taman, sisa pukal, sisa makanan,lampin pakai buang dan sisa lain yang kotor dan tercemar.
 
       
2. Mengapa pihak kerajaan ingin melaksanakan pengasingan sisa pepejal di rumah?
  Di antara sebab pihak kerajaan melaksanakan pengasingan sisa pepejal di rumah bertujuan untuk:
  - Mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan dan oleh itu, membantu meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan tersebut;
  -
 
Pengasingan sisa di rumah dan amalan 3R juga telah dikenalpasti sebagai salah satu langkah paling berkesan dalam usaha mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan;
  - Meningkatkan kadar kitar semula Negara pada tahap yang membanggakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  - Mengurangkan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar;
  - Memelihara sumber alam semulajadi;
  - Memudahkan proses pengurusan dan perawatan sisa pepejal selanjutnya;
  - Mendidik masyarakat agar menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber tenaga, ekonomi dan artistik.
       
3. Bila pengasingan sisa pepejal di rumah ini akan dilaksanakan?
  Pengasingan sisa pepejal di rumah ini akan dilaksanakan pada 1 SEPTEMBER 2015 ini.
       
4. Mengapa saya perlu mengasingkan sisa pepejal di rumah saya?
  Saya perlu mengasingakan sisa pepejal adalah untuk :
  - Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula;
  - Mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan;  
  - Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal.  
       
5. Apakah akibatnya jika saya tidak mengasingkan sisa pepejal?  
  Merupakan satu kesalahan jika tidak mengasingkan sisa pepejal di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2012 (Akta 672) dan boleh didenda tidak melebihi RM1000.00 apabila didapati bersalah.
 
 
6. Bagaimana untuk mengasingkan sisa pepejal di rumah saya?  
  Secara mudahnya sisa pepejal hendaklah diasingkan kepada sisa yang boleh dikitar semula dan sisa baki ( sisa yang akan dihantar ke tapak pelupusan).  
  Sisa pepejal di rumah yang boleh dikitar semula perlu diasingkan mengikut komposisi sisa pepejal seperti berikut :  
  a. Kertas – surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas computer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.  
  b. Plastik – botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik, bekas ais krim dan lain – lain jenis plastik.  
  c. Lain – lain iaitu :-  
    i. Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca  dan sebagainya.  
    ii. Tin aluminium/besi/logam lain -  tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya.  
    iii. Sisa elektrik/barang elektrik kecil – bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED,cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.  
    iv. Bahan fabrik/kasut/getah/kulit – kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya.  
    v. Sisa berbahaya – bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai – anai dan sebagainya.  
         
  d. Sisa Kebun/Taman – sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting,pelepah pokok, batang pokok, rumput dan sebagainya.  
  e. Sisa Pukal – sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil, mesin basuh, sofa, perabot dan sebagainya.  
     
  Bagi sisa pepejal yang telah diasingkan di atas hendaklah dimasukkan dalam bekas yang sesuai atau plastik sampah dan diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan yang ditetapkan di sesuatu kawasan. Manakala bagi Sisa Pukal hendaklah diletakkan dengan kemas di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan.   
  Sisa Baki ini merangkumi sisa makanan, lampin pakai buang, tisu, sisa –sisa lain yang kotor dan tercemar. Sisa Baki berkenaan perlu dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai atau plastik sampah dan dimasukkan ke dalam tong sampah. 
 
 
7. Bilakah kutipan akan dibuat ke atas sisa pepejal yang telah diasingkan itu?  
  Bagi sisa pepejal yang telah diasingkan seperti kertas, plastik, lain – lain bahan kitar semula, sisa kebun dan sisa pukal, kutipan akan dibuat satu (1) kali seminggu. Manakala sisa baki pula, kutipan akan dibuat dua (2) kali seminggu. Kutipan akan dilaksanakan oleh syarikat konsesi yang dilantik oleh pihak kerajaan.  
     
8. Adakah penduduk akan dibekalkan dengan plastik sampah untuk mengasingkan sisa pepejal?  
  Bagi mengasingkan sisa pepejal di rumah, penduduk dikehendaki menyediakan sendiri apa-apa bekas yang bersesuaian atau plastik sampah untuk mengasingkan sisa pepejal berkenaan. Namun begitu, penduduk digalakkan menggunakan plastik sampah berwarna biru untuk sisa kertas, plastik sampah berwarna putih untuk sisa plastik dan plastik sampah berwarna hijau untuk lain-lain bahan kitar semula.  
     
9. Bagaimanakah dengan sisa minyak masak di rumah saya. Adakah perlu diasingkan?  
  Tuan boleh mengumpul minyak masak terpakai dalam bekas yang bersesuaian seperti botol minyak masak asal dan apabila penuh bolehlah menghantar ke mana – mana pusat kitar semula berhampiran. Tuan dinasihatkan tidak membuang sisa minyak tersebut ke mana - mana longkang atau sebagainya.  
     
10. Bagaimana saya hendak menguruskan sisa puntung dan abu rokok?  
  Puntung dan abu rokok perlu diuruskan seperti sisa baki yang lain. Sebelum sisa tersebut dimasukkan ke dalam plastik, perlu dipastikan supaya tiada bara abu rokok atau puntung rokok yang masih menyala atau berasap bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Kemudian, ikat dengan kemas dan masukkan ke dalam tong.  
     
11.
 
Saya telah membeli makanan dari sebuah kedai dan makanan saya dibungkus menggunakan bekas styrofoam atau polistirena. Bagaimana saya perlu menguruskan bekas makanan tersebut?  
  Bekas styrofoam atau polistirena yang telah digunakan dalam pembungkusan makanan berada dalam keadaan tercemar dan merupakan jenis sisa baki. Oleh itu, bekas tersebut hendaklah dibersihkan terlebih dahulu kemudian dimasukkan ke dalam bekas yang bersesuaian atau beg plastik bersama sisa plastik yang lain.  
     
12 Saya ada membuat kerja menebuk lubang pada dinding di dalam rumah saya.  Selepas saya menjalankan kerja-kerja tersebut, banyak habuk dan serpihan dinding bertaburan di lantai dan telah saya kumpulkan di satu sudut di rumah saya. Bagaimana untuk mengurus sisa pepejal ini?  
  Ya. Sisa yang dihasilkan daripada aktiviti Do-It-Yourself (D.I.Y) ini merupakan antara jenis-jenis sisa pepejal yang perlu diuruskan seperti sisa pukal yang lain. Berdasarkan soalan di atas, habuk dan serpihan dinding tersebut perlu dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai atau plastik sampah dan diikat kemas. Letakkan di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan.  
     
13.
 
Saya menjalankan perniagaan menjahit pakaian secara kecil-kecilan di rumah. Oleh itu, banyak lebihan-lebihan kain atau perca kain yang dihasilkan dari perniagaan tersebut. Jadi, bagaimana fabrik-fabrik ini perlu diuruskan?  
  Fabrik-fabrik ini perlu diuruskan seperti sisa bahan fabrik. Ia perlu dikumpulkan, dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai atau plastik sampah. Letakkan di tepi tong pada hari kutipan. Digalakkan menggunakan plastik sampah warna hijau.  
     
14. Bolehkah saya menjual barang-barang kitar semula yang telah saya asingkan?  
  Boleh. Barang-barang kitar semula yang telah diasingkan boleh dijual kepada :  
  i. Vendor pemungut kitar semula yang berlesen  
  ii. Pusat-pusat kitar semula berlesen yang berdekatan kawasan perumahan anda.  
     
15. Bolehkah sesiapa mengambil sisa yang boleh dikitar semula yang telah diasingkan dan telah diletakkan di hadapan premis?  
  Tidak boleh. Hanya syarikat konsesi dan vendor pemungut barangan kitar semula yang berdaftar dengan JPSPN atau SWCorp sahaja yang dibenarkan menjalankan aktiviti kutipan.  
     
16. Saya tinggal di sebuah pangsapuri. Dimana saya perlu meletakkan barang-barang kitar semula yang telah diasingkan?  
  Bagi penduduk yang tinggal di premis kediaman berbilang tingkat seperti kondominium dan pangsapuri, barang-barang kitar semula yang telah diasingkan boleh diletak di kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak Joint Management Body (JMB). Sekiranya premis berkenaan tidak mempunyai servis tersebut pemilik premis hendaklah meletakkan sisa pepejal yang telah diasingkan di kawasan rumah sampah atau pusat-pusat tong yang telah disediakan di permis berkenaan. Selain itu, sisa tersebut boleh juga dihantar terus ke pusat-pusat kitar semula yang berhampiran atau dijual terus kepada vendor-vendor kitar semula yang berlesen.  
     
17. Bolehkah botol kaca yang telah pecah dikitar semula?  
  Boleh. Botol kaca boleh dikitar semula walaupun bukan berada dalam keadaan asal atau ia telah pecah. Botol kaca tersebut perlu dibalut kemas dengan surat khabar atau kertas dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai atau plastik sampah. Letakkan di tepi tong pada hari kutipan.  
     
18. Saya mempunyai beberapa barangan kosmetik atau barangan make-up yang tidak lagi digunakan. Bagaimana saya hendak menguruskannya?  
  Bekas barangan kosmetik seperti gincu, pemerah pipi, pembayang mata dan bedak asas (foundation) kebanyakannya diperbuat daripada plastik yang boleh dikitar semula. Untuk menguruskannya, sila pastikan kandungannya telah dikosongkan dan dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian, masukkan bekas-bekas tersebut ke dalam bekas yang sesuai atau plastik sampah.  Letakkan di tepi tong pada hari kutipan.  
     
19.  Saya mempunyai beberapa bilah pisau yang tidak lagi digunakan. Bolehkah saya membuangnya terus ke dalam tong?  
  Tidak boleh. Pisau terdiri daripada bahan yang boleh dikitar semula kerana ia mempunyai kandungan logam dan plastik. Walaubagaimanapun, bagi tujuan keselamatan dan bagi mengelakkan pisau tersebut merosakkan beg plastik, pisau tersebut hendaklah dibalut dengan beberapa helai surat khabar sehingga diyakini selamat dan stabil. Setelah dibalut, masukkan ke dalam bekas yang sesuai atau  plastik sampah . Letakkan di tepi tong pada hari kutipan.  
     
20.

 
Saya tinggal di kawasan perumahan di mana rumah saya berada di kedudukan cerun paling bawah. Setiap waktu hujan lebat, air hujan dari jalan akan mengalir dan membawa debris dan pasir dan berkumpul di hadapan rumah saya yang menyebabkan kekotoran serta perlu kerap dibersihkan. Bolehkah saya membuang debris dan pasir tersebut terus ke dalam tong yang dibekalkan?  
  Sisa debris dan pasir tersebut perlu diuruskan sebagai sisa baki. Ia hendaklah dimasukkan ke dalam plastik serta diikat dengan kemas. Kemudian, ia perlu dimasukkan ke dalam tong sampah.  
     
21. Saya mempunyai banyak barang permainan kanak-kanak milik anak saya yang telah rosak dan saya bercadang untuk melupuskannya. Bagaimana saya hendak menguruskan barang-barang permainan tersebut?  
  Barang permainan kanak-kanak boleh diperbuat daripada campuran pelbagai resin plastik dan ia boleh dikitar semula. Untuk menguruskannya, barang-barang tersebut hendaklah diasingkan dan dikumpulkan terlebih dahulu. Kemudian, masukkan ke dalam bekas yang sesuai atau plastik sampah. Digalakkan guna plastik sampah warna putih. Letakkan di tepi tong pada hari kutipan.  
     
22. Saya mempunyai beberapa biji bateri lama dan tin aerosol yang kosong. Bagaimanakah saya hendak menguruskannya?  
  Bateri dikategorikan sebagai sisa elektronik atau barang elektrik kecil termasuklah bateri telefon bimbit dan komputer. Manakala, tin aerosol dikategorikan sebagai sisa pepejal berbahaya (Household Hazardous Waste) termasuklah tin cat, minyak pelincir, cecair pembasmi kuman dan bahan peluntur.   
     
  Untuk menguruskan sisa ini, hendaklah merujuk kepada langkah-langkah berikut:  
  i. Jangan mencampurkan sisa-sisa ini bersama sisa baki dan sisa yang boleh dikitar semula.  
  ii. Bagi bateri hendaklah dimasukkan dalam bekas yang sesuai atau plastik sampah. Digalakkan guna plastik sampah warna hijau. Letakkan di tepi tong pada hari kutipan.  
  iii. Manakala untuk sisa pepejal berbahaya, hendaklah dimasukkan dalam bekas yang sesuai atau plastik sampah. Digalakkan guna plastik sampah warna hijau. Letakkan di tepi tong pada hari kutipan.  
     
     
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi SWCorp di talian berikut:

03-22459292 atau layari www.swcorp.my

atau


En Muhammad Fadly Bin Usul | No.Tel : 03-8891 4587
 
     
     

Kemaskini pada 2016-09-07 15:27:48 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 24900
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negera (JPSPN)
Aras 23 & 24, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya.

Tel:03-8000 8000 | Faks:603-8891 3190 |  Emel:  jpspn[at]kpkt[dot]gov[dot]my
   
MLA mygov swcorp kpkt qrcode 1malaysia
Dasar Privasi Penafian Dasar Keselamatan Peta Laman    
(C) Hakcipta Terpelihara JPSPN, KPKT
Dikemaskini pada 23-10-2017 Jumlah Pegawai222409