fbtwitterrss
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
  jata header
 
Awam Swasta Warga
[ x ]
 
wte
[ x ]
 
survey

3R-Tahukah Anda

Mengitar Semula Polisterina

Sumbangan bekas polisterina terhadap krisis pemanasan global menyebabkan penggunaan bekas pembungkus itu menjadi perdebatan hangat di negara ini. Bagaimanapun penggunaannya yang masih meluas di kalngan orang ramai melahirkan satu idea penyelidikan baru iaitu bagaimana menjadikan 'buangan' polisterina itu lebih bernilai dan selamat kepada alam sekitar. Hasilnya, sekumpulan penyelidik Universiti Sains malaysia (USM) berjaya menemui kaedah penyelesaian apabila ia dijadikan bahan asas pembuatan perabot yang memberi nilai ekonomi kepada industri tersebut. Menerusi kajian itu, sisa-sisa polisterina dicampurkan dengan sejenis bahan pelarut dan abhan kimia untuk menjadikannya gam atau pelekat dan kemudiannya berupaya diadun dengan sawit terbuang untuk dijadikan bahan gentian industri perabot. Inovasi penyelidik saintis USM itu sekaligus membuktikan bahan pembungkus yang dilabel sebagai 'keranda putih' itu mampu diubahsuai menjadi produk hiasan dalaman rumah. Kajian tersebut juga mendapati campuran bahan-bahan itu mampu diproses menjadi sejenis komposit pelbagai guna yang bernilai kepada industri pertukangan dan pembinaan negara.
   

Gunakan Sisa Terbuang

Menurut Penyelidik Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Dr. Issam Ahmed Mohammad, kajian yang dilakukan dalam tempoh kurang setahun itu beradasarkan kaedah pemprosesan bahan larutan polisterina dengan sisa tandan kelapa sawit. Di Malaysia sahaja misalnya terdapat lebih 280 000 tan buangan bekas polisterina yang telah digunapakai dan ini memberi kesan yang efektif kepada pencemaran. Dengan hasil penemuan santifik ini, kita berjaya mengurangkan kadar pelupusan yang berlaku di negara ini sekaligus berpeluang mengkomersialkan produk daripada bahan sisa buangan tersebut.â€Â Pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat dan Jepun melakukan pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah bahan buangan polisterina, namun dipercayai inilah pertama kali bahan itu dijadikan satu kegunaan baru yang menguntungkan masyarakat dan industri. Di Amaerika Syarikat, jumlah polisterina yang begitu besar dikatakan telah dipadatkan (kompak) untuk mengelakkan daripada berlakunya pencemaran dan terbuang begitu sahaja, manakala di Jepun, usaha dibuat untuk menjadikan ia mudah terurai.

 

Dalam pada itu katanya, menerusi idea kreatif pasukannya dalam mengitar semula sisa buangan polisterina, sejenis gam atau damar turut dihasilkan daripada bahan yang serupa. Gam ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan berupaya melekatkan segala jenis bahan termasuk pada kayu dan kadbod. Penemuan inovasi ini turut memberi kemenangan kepada pasukan peyelidik USM apabila membawa pulang pingat emas pada Ekspo Teknologi malaysia, anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inivasi (MOSTI) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini,â€Â ujarnya. Produk baru yang terhasil daripada penyelidikan itu dapat dibuat dengan kos yang lebih murah dan dipercayai 20 peratus lebih rendah harganya berbanding dengan produk berasaskan pengunaan bahan buangan polisterina tepat pada masanya dan boleh dimanfaatkan orang ramai. Menurut beliau, ia sejajar dengan hasrat universiti untuk mengurangkan kadar penggunaan bahan-bahan tidak mesra alam itu. “Kejayaan penyelidikan itu membuktikan ilmu sains boleh dimanfaatkan dan selepas ini polisterina mempunyai nilai untuk diguna semula dengan kaedah lebih selamat berbanding dibuang begitu sahaja.
 

Sumber : www.kosmo.com.my

   

Peti Sejuk Berteknologi Hijau

pointer  Apakah maksud teknologi hijau?
 
Teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada;
  -
Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk;
  -
Apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau;
  -
Aplikasi teknologi hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) iaitu pembagunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan
   
Sumber : Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air
   
pointer Ciri-ciri peti sejuk teknologi hijau
  -
Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran;
  -
Ia mempunyai pembebasan gas rumah hijau (GHG) yang rendah atau sifar;
  -
Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
  -
Menjimatkan tenaga dan sumber asli;
  -
Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui
   
pointer Antara teknologi baru peti sejuk
  -
Menggunakan teknologi inverter yang mampu menjimatkan tenaga sehingga dua kali ganda;
  -
Menggunakan teknologi Silver nano untuk makanan lebih segar dan tahan lama;
  -
Mempunyai ciri sistem pendingin seperti Minus Zero yang direka khusus ntuk mengekalkan kesegaran makanan;
  -
Dilengkapi sistem pembersih yang dapat menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan
   
  Sumber : www.kosmo.com.my
   

Bagaimanakah penduduk bumi dapat menghentikan penggunaan beg plastik secara konsensus?

Menurut perangkaan, rakyat Malaysia membuang sumber kitar semula bernilai RM476 juta dua tahun lalu. Selain kertas yang mencatat pengeluaran sisa terbanyak iaitu 17 peratus atau RM205 juta, sumber buangan kedua terbesar ialah plastik iaitu 9 peratus atau RM163 juta. Keadaan yang sama disaksikan di Britain tahun demi tahun apabila berbilion helai plastik dibuang sewenang-wenangnya walaupun baru sekali digunakan. Ingat, untuk setiap lima minit sehelai beg plastik dipakai tetapi mengambil masa 500 tahun untuk mereput. Dalam satu kajian, dirumuskan 36 peratus daripada mereka yang ditemu ramah mengakui membuang beg plastik selepas digunakan sekali. Secara purata, seorang individu menggunakan hampir lapan keping beg plastik seminggu. Bagaimana pula dengan anda? Beg platik yang terbuang biasanya meninggalkan pemandangan kurang enak di atas pokok, jalan raya, taman-taman, tasik sungai dan tempat awam lain. Di samping mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, ia memudaratkan kesihatan manusia dan hidupan lain termasuklah haiwan dan tumbuhan. Beg plastik yang hanyut ke laut pula turut membunuh kelompok penyu dan haiwan marin kerana menyangkakan ia adalah obor-obor. Pengeluaran, pembuangan dan pereputan beg plastik juga bukan semudah yang disangka. Ia secara langsung menyumbang kepada pembentukan gas rumah hijau yang memberi kesan kepada pemanasan global. Di kebanyakan negara termasuklah Ireland, sehelai beg plastik biasa memaparkan cukai kerajaan yang bernilai 15 sen Euro atau 47 sen. Perkara yang sama dapat dilihat di negara bukan ahli Kesatuan Eropah seperti di Crotia dalam usaha untuk mengawal jumlah penggunaan beg tersebut.

Pasar raya di Perancis mempraktikkan peraturan yang lebih drastik apabila tidak menggunakan beg plastik langsung. Ia hanya menjual beg kitar semula yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Pendekatan ini bukan sahaja menjadi insentif untuk memaksa individu menggunakan beg kitar semula bahkan membantu menyelamatkan bumi. Benarkah pengurangan beg plastikdapat membawa perubahan? Pada 30 April 2007, sejarah pemuliharaan alam merekodkan pencapaian yang amat bermakna kepada manusia sejagat. Modbury di Devon, England menjadi bandar pertama di dunia bebas daripada beg plastik di Eropah. Matlamat ini direalisasikan berikutan pendedahan Rebecca Hoskins, seorang jurugambar haiwan liar yang menceritakan semula kesan pencemaran alam ke atas haiwan. Semua peniaga secara bersepakat untuk bertukar kepada kertas kanji jagung, kapas dan kain. Selepas enam bulan, lebih daripada sedozen bandar dan perkampungan lain mengikut amalan yang sama.Jadi mulakan sekarang dengan memeriksa sama ada beg plastik yang anda pegang mempunyai label pensijilan ISO 14001 untuk bahan kitar semula.
 

Sumber : www.kosmo.com.my 

   

Awasi Penggunaan Plastik dan Gabus

Plastik dan gabus digunakan sebagai bahan kemasan pembungkusan makanan. Namun begitu kedua-dua produk ini juga mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan tubuh. Salah satu penyakit yang boleh disebabkan oleh kesan sampingan ini ialah kanser. Tanpa memikirkan tentang risikonya terhadap kesihatan, kemasan makanan daripada bahan plastik mahupun styrofoam sudah pasti menjadi pilihan utama kerana ia lebih praktikal, ringan dan boleh digunakan berulang kali. Tetapi kedua-dua jenis bahan ini dihasilkan daripada bahan yang dikenali sebagai dioctyl phthalate DOP) yang menghasilkan zat benzen, suatu larutan kimia yang tidak boleh dihadamkan oleh sistem pencernaan. Benzen ini juga tidak boleh dikeluarkan melalui najis (kotoran) atau air kencing. Akibatnya, zat ini semakin lama semakin terkumpul dan membentuk lemak. Inilah yang akhirnya menyebabkan berlaku gejala penyakit kanser.

Kajian yang dilakukan mendapati kandungan bahan yang terdapat dalam bekas plastik boleh mencemarkan makanan. Bekas plastik apabila terkena suhu tinggi, pewarna yang digunakan pada bekas plastik tersebut akan meresap ke dalam makanan. Apabila sesuatu makanan yang baru digoreng diletakkan di dalam bekas plastik, suhu minyak yang tinggi akan menghasilkan kolesterol atau lemak tepu yang tinggi. Tambah pula, bekas plastik ini mengandungi DOP serta lozam berat zink yang biasanya digunakan sebagai bahan penstabilan untuk plastik. DOP memang digunakan secara meluas dalam proses menghasilkan plastik. Penggunaan DOP dalam industri PVC mencapai 50 hingga 70 peratus daripada jumlah bahan yang digunakan di dalam polimer untuk menmbahkan fleksibiliti dan daya kestabilannya. Selain efisyen, DOP juga memberikan kelikatan yang stabil pada PVC. Selain daripada itu, penggunaan DOP, khususnya pada pembungkusan makanan dan ubat-ubatan atau barang mainan kank-kanak juga menimbulkan masalah. Kesan penyerapan bahan daripada PVC ke dalam tubuh turut menggugat kesihatan manusia. Stirofom juga masih tergolong sebagai plastik. Ia bersifat reaktif kepada suhu tinggi. Selain itu, bahan asas stirofom bersifat larut lemak dan alkohol. Oleh itu ia tidak sesuai sebagai tempat simpanan susu yang mengandungi lemak tinggi dan kopi yang dicampurkan dengan krim.
 

Sumber : www.duniaherba.net 

   

Minyak Sawit boleh Hasilkan Plastik

Sekumpulan saintis Universiti Malaysia (USM) menemui kaedah penghasilan plastik daripada minyak sawit yang lebih menepati konsep mesra alam bagi menjamin persekitaran bersih di negara ini. Penemuan tersebut terhasil daripada penyelidikan hampir 10 tahun diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mohamed Isa Abdul Majid (Pusat Racun Negara USM), Profesor Madya Dr. Mohd Nazalan Mohd Najimudin dan Profesor Madya Dr. Mohd Azizan Mohd Noor (Pusat Pengajian Sains Kajihayat). â€œMinyak sawit lebih murah tetapi prosesnya memakan masa dan memerlukan perbelanjaan tinggiâ€Â, kata beliau pada sidang akhbar di USM di sini hari ini. Beliau memberitahu, projek ini bermula pada 1990 dengan menelan kos RM950 000 daripada program penyelidikan Intensification of Research in Priority Areas (IRPA), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Beliau berkata, proses tersebut dijalankan menerusi langkah menghasilkan bioplastik yang praktikal bagi kegunaan sumber tanah di USM.

 

“Selain minyak sawit, kita dapati bakteria daripada sumber tanah tempatan boleh menghasilkan bioplastik yang praktikal bagi kegunaan plastik mudah lupus,â€Â tambah beliau. Setakat ini, kata beliau, bakteria dikenali sebagai 'erminia' digunakan bagi menghasilkan bioplastik dalam projek berkenaan. Beliau menjelaskan, plastik tersebut mempunyai ketahanan selama setahun tetapi akan menjadi baja kerana mudah dikitar semula dengan keadaan tanah seperti di kawasan pelupusan sampah .
 

Sumber : Utusan Malaysia

   

Kitar Semula Bateri Telefon Bimbit Terpakai

Mengikut kajian, seramai 16 juta rakyat Malaysia mempunyai telefon bimbit pada tahun 2006. daripada jumlah tersebut 58.7% adalah pengguna lelaki manakala 41.3% adalah pengguna wanita. Secara puratanya, pengguna telefon bimbit akan menukar telefon bimbitnya setiap 18 bulan sekali. Namun begitu, ramai pengguna yang tidak tahu kaedah pelupusan yang selamat bagi bateri telefon bimbit terpakai.
  

 

Mengapa perlu kitar semula?  - Bateri telefon bimbit terpakai mengandungi logam berat seperti kadmium, litium, nikel atau merkuri. Bahan buangan ini dikelaskan sebagai e-waste (SW 103) mengikut Jadual 1, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan terjadual) 2005. pelupusan bahan buangan ini secara tidak sempurna boleh mengakibatkan pencemaran kepada alam sekitar terutama tanah, air bawah tanah dan menjejaskan kesihatan awam.

Tahukah anda? - Mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, pendedahan kepada bahan toksik secara akumulatif boleh memberikan kesan-kesan seperti berikut:-

  • Kadmium boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru, buah pinggang, tulang dan risiko penyakit kanser.
  • Lithium boleh memberikan kesan sampingan terhadap kesihatan seperti cirit-birit, rasa loya dan muntah, ketidaklancaran semasa bertutur dan kesukaran untuk berjalan.
  • Plumbum boleh mengganggu sistem saraf dan juga boleh mengakibatkan gangguan terhadap perkembangan mental kanak-kanak.
  • Merkuri boleh mengaibatkan kesan buruk terhadap sistem saraf dan buah pinggang serta menimbulkan masalah penglihatan, pendengaran dan hilang ingatan.

Sumber : Jabatan Alam Sekitar Malaysia (DOE)
   

   

Kalkulator Kitar Semula

Canon Marketing (Malaysia), peneraju global rumusan fotograf dan pengimejan digital telah memperkenalkan Siri Kalkulator Alam Sekitar dalam usaha menyokong proses pengeluaran yang efisen dan peka terhadap alam sekitar. Siri kalkulator Alam Sekitar dicipta berlandaskan pelan mengeluarkan produk hijau Canon 5R – Kitar semula sumber (Recycle), mengurangkan penggunaan sumber baru dan menggunakan rekaan mesra alam (Reduce), penggunaan semula kitar hayat produk (Reuse), tindakbalas terhadap alam sekitar dan kesan manusia melalui peningkatan cara penggunaan bahan (Respond) dan menjadi satu jenama yang boleh dipercayai (Reliable). Mesin dan alatan yang dibuang, dikitar semula dan barang tersebut digunakan untuk mengeluarkan siri kalkulator bari ini. Proses ini juga menghindari penggunaan sumber atau bahan yang baru. Pembungkusan, label-label dan buku panduan untuk siri ini juga dibuat daripada kertas yang dikitar semula sekaligus menjadikan produk ini seratus peratus produk kitar semula.

 

Canon memperkenalkan Siri kalkulator Alam Sekitar ini untuk mewujudkan satu keseimbangan antara proses perniagaan yang cekap dan usaha-usahanya untuk menjaga persekitaran di mana ia beroperasi. Kesan produk ini di dalam pasaran akan mewujudkan kesedaran terutama di kalangan remaja akan kepentingan melindungi persekitaran mereka untuk masa depan melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh mereka sendiri. Pengenalan siri baru ini akan dapat menghantar mesej kepada generasi muda yang membentuk sebahagian besar pasaran kalkulator. Mereka harus memilih satu jenama yang bukan sahaja baik malah mesra alam.
 

Sumber : www.canon.com.my

   

Bayar RM91.83 Untuk Kitar Semula Televisyen

Bunyinya agak pelik. Jika di negara ini, sejengkal timbunan akhbar lama yang dijual boleh memperoleh antara RM3 hingga RM4 bergantung kepada pembeli, namun di Jepun mereka yang menghantar televisyen mereka untuk dibuang iaitu untuk dikitar semula, perlu membayar 2835 yen (RM91.83) kepada pusat pemprosesan kitar semula. Selain televisyen mereka juga perlu membayar RM102.09 untuk penghawa dingin, RM156.52 untuk peti sejuk dan RM81.66 untuk mesin basuh tidak termasuk kos mengambil barangan lusuh berkenaan. Tidak seperti di negara ini, pengguna lebih suka membuang barangan lusuh elektrik mereka ke pusat pelupusan sampah ataupun di mana-mana kawasan tanpa menghiraukan bahawa barangan tersebut merupakan khazanah berharga yang boleh dikitar semula. Menyedari hakikat berkenaan, Panasonic Corporation bersama-sama gergasi pembuat elektronik lain telah mewujudkan pusat kitar semula di beberapa daerah bertujuan ntuk mengitar semula empat produk elektrik yang disebut di atas. Melalui kempen Eco Ideas, Panasonic telah mewujudkan Pusat Kitar Semula Panasonic Eco Technology (PETEC) di Bandar Kato, Wilayah Hyogo, Osaka pada April 2001. Setiap televisyen yang dihantar untuk proses kitar semula di PETEC selepas melalui beberapa proses akan dapat menghasilkan semula tiub sinar katod. Malah, kaca panel akan dapat dihasilkan dan ini banyak digunakan untuk produk-produk baru televisyen Panasonic yang ada di pasaran sekarang. Dengan ini, sasaran untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya alam sekitar semakin meluas dengan konsep kitar dan guna semula ini. Berbanding di malaysia, Jepun menguasakan undang-undang mengenakan denda melebihi 30 000 yen (RM970.57) kepada mereka yang tidak membuang kelengkapan rumah dengan cara yang betul dan atas kesedaran itu, kempen kitar semula di negara matahari terbit ini semakin menjadi contoh kepada negara lain. Di pusat ini, telah dipastikan tiadak ada sebarang pencemaran selain pelupusan sisa buangan daripada proses kitar semula dilakukan dengan berhati-hati. Hampir semua kumbahan dan air buangan daripada pusat ini dipastikan lebih bersih daripada kebanyakan aliran sungai di Malaysia apabila dialirkan semula ke longkang dan terus ke sungai. Menjelaskan untuk mewujudkan pusat kitars emula yang serupa di Malaysia, pengarah Urusan Panasonic malaysia Sdn. Bhd, Tony Endoh berkata, setakat ini kerajaan Jepun ada menegmukakan cadangan tersebut dan sedang diteliti. Apa yang pasti, Panasonic sentiasa bersedia untuk membantu kerajaan malaysia untuk mewujud serta menjalankan pusat kitara semula berkenaan di negara ini sekiranya diberikan lampu hijau.

 

Sumber : Utusan Online 24 Mac 09

 

Statistik Kitar Semula oleh KPKT

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2007, lebih 19 000 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. Fenomena ini berlaku kerana masyarakat tidak mengemalkan sikap kitar semula. Amalan kitar semula boleh dilakukan dalam kehidupan harian seperti membawa bekal ke sekolah. Melalui aktiviti ini, ia dapat membantu pelajar mengamalkan sikap kitar semula dan mengetahui kebaikannya.Kebaikannya:-
-
Membawa bekal ke sekolah dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian;
-
Membawa bekal dapat menjimatkan penggunaan polisterin dan plastik yang sering digunakan oleh kantin sekolah dan mengurangkan pembuangan sampah;
-
Membawa bekal lebih sihat dan selamat berbanding penggunaan polisterin atau plastik;
- Penggunaan polisterin boleh menyebabkan bahan kimia 'styrene'   berpindah ke dalam makanan. Bahan ini disyaki boleh menyebabkan kanser.
   

Kemaskini pada 2016-09-07 15:15:37 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 32018
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negera (JPSPN)
Aras 23 & 24, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya.

Tel:03-8000 8000 | Faks:603-8891 3190 |  Emel:  jpspn[at]kpkt[dot]gov[dot]my
   
MLA mygov swcorp kpkt qrcode 1malaysia
Dasar Privasi Penafian Dasar Keselamatan Peta Laman    
(C) Hakcipta Terpelihara JPSPN, KPKT
Dikemaskini pada 15-12-2017 Jumlah Pegawai246075