fbtwitterrss
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
  jata header
 
Awam Swasta Warga
[ x ]
 
wte
[ x ]
 
survey

3R-Dirumah

3R Di Rumah
pointer Amalan Ketika Membeli-belah
  -

Kurangkan jumlah pembungkusan produk semasa membeli, guna semula bekas yang sedia ada dan kitar semula selebihnya.

  -

Pilih produk yang tanpa pembungkusan atau yang dibungkus secara minima

  -

Pilih produk yang mempunyai kandungan peratusan tertentu dari bahan kitar semula walaupun harganya lebih mahal sedikit

  -

Beli barangan yang dijual secara pukal. Kadang-kadang anda boleh membawa botol kaca atau bekas sendiri apabila membeli barangan yang dijual secara pukal di kedai.

  -

Pilih bateri yang boleh dicas semula dan mentol yang mempunyai jangka hayat yang panjang

  -

Beli tisu tandas, kain mengesat tangan dan tuala dapur yang dibuat daripada bahan daripada bahan kitar semula

  -

Jika membeli satu atau dua jenis barangan, maklumkan kepda juruwang bahawa anda tidak memerlukan beg plastic. Katakan "saya tidak memerlukan beg plastik, terima kasih"

  -

Bawa bekas minuman atau termos sendiri ke kedai kopi. Sesetengah kedai akan memberikan potongan harga kepada pelanggan yang membawa bekas minuman sendiri

  -

Jika anda memilih untuk menggunakan beg kertas atau beg plastik ketika membeli belah, sila bawa semula ke kedai tersebut untuk dikitar semula

     
pointer Amalan Di Rumah
  -

Gunakan bekas yang boleh ditutup dan diguna semula ketika menyimpan makanan tengah hari serta lebihan makanan

  -

Gunakan berus gigi dan berus lama lain untuk membersiahkan jubin bilik mandi, kasut dan lain-lain

  -

Semasa berpindah rumah, barangan yang masih boleh diguna semula bole dijual di flea market atau kedai barangan terpakai

  -

Jual atau derma majalah dan buku lama kepada NGO, sekolah dan lain-lain

  -

Guna semula botol kaca untuk menyimpan paku, skru dan barangan kecil di garaj, bengkel atau bilik menjahit

     
pointer 3R at Offices
  -
Jadikan satu polisi membeli barangan dari bahan dikitar semula, lebih tahan lama, boleh diisi semula, boleh diguna semula atau sekurang-kurangnya boleh dikitar semula
  -

Beli perabot pejabat terpakai. Jual peralatan pejabat lama kepada kakitangan atau derma kepada Pusat Guna Semula atau organisasi kebajikan

  -

Tubuhkan pusat guna semula di pejabat, di mana kakitangan boleh mengambil pen jilid, penebuk lubang, alat tulis dan barang lain yang tidak lagi digunakan untuk kegunaan di rumah

  -

Adakan hari khas untuk bertukar barangan, di mana kakitangan boleh membawa baju, buku dan lain-lain barang yang tidak dipakai untuk ditukar suka sama suka

  -

Gantikan tong sampah individu yang manyukarkan proses pembuangan dengan tong sampah berpusat dan tong kitar semula yang dikongsi bersama

  -

Pengedaran maklumat secara berpusat seperti penampalan memo, dokumen dan lain-lain di satu sudut khas untuk makluman semua

  -

Gunakan katrij toner, mesin taip dan riben komputer pencetak yang boleh diisi semula

  -

Kurangkan penggunaan mesin cetak dan mesin faks. Gunakan kedua-dua belah mukasurat

  -

Beli mesin faks yang menggunakan kertas biasa bagi mengelakkan penggunaan kertas termal faks yang tidak boleh dikitar semula

  -

Gunakan cop getah faks atau borang faks yang diguna semula bagi menggantikan mukasurat pertama yang baru untuk mengurangkan pembaziran kertas. Gunakan kertas yang sudah digunakan (contohnya, kertas yang hanya sebelah mukasurat digunakan) untuk urusan faks

  -

Gunakan kertas yang hanya digunakan sebelah sebagai kertas catatan, kemudian kitar semula kertas berkenaan

  -

Guna semula kadbod dan kotak kertas

  -

Gunakan barangan yang boleh tahan lama, contohnya cawan daripada kaca serta seramik bagi menggantiakn cawan pakai buang

  -

Beli alat tulis, pad memo, kad nama, tuala kertas, tisu tandas dan tisu muka yang diperbuat daripada kertas kitar semula

     
  3R at Offices and Classrooms
  -
Gunakan kedua-dua belah mukasurat bagi mengurangkan penggunaan kertas.
  -

Edarkan satu salinan memo kepada semua kakitangan secara bergilir bagi menggantikan pengedaran setiap salinan kepada setiap kakitangan

  -

Gunakan pen dan pensel yang dakwatnya boleh diisi semula

  -

Guna semula kotak kadbod untuk menyimpan atau membungkus barangan yang akan dihantar keluar

  -

Guna semula fail terpakai dengan melipat muka luar ke bahagian dalam atau tampal label baru

  -

Guna semula sampul surat yang sudah digunakan untuk surat dalaman

  -

Aturkan hari pertukaran barang buangan di sekolah bagi membolehkan pelajar dan kakitangan bertukar barangan sepertu buku, pakaian, barangan hiasan dan peralatan sukan yang tidak diguna lagi, selain kraftangan yang diperbuat daripada barangan kitar semula

  -

Sediakan tong kitar semula untuk barangan yang boleh dikitar semula di pejabat dan bilik darjah

  -
Sediakan sudut kitar semula di bilik darjah untuk mempromosikan 3R dan mempamerkan kraftangan yang diperbuat daripada barangan kitar semula
  - Ambil kesempatan tenaga pelajar, di mana mereka yang dikenakan hukuman akibat melanggar disiplin diminta membaiki perabot rosak atau mengasingkan barangan untuk dikitar semula
     
pointer 3R Di Restoran
  -
Beli barangan secara pukal bagi mengurangkan jumlah bahan yang digunakan sebagai pembungkus. Bagaimanapun, elakkan sikap suka membazir dengan membeli barangan yang diperlukan sahaja
  -

Gunakan perkakasan dapur seperti cawan, gelas, pinggan dan mangkuk seramik yang boleh diguna semula. Jika ini tidak sesuai gunakan peralatan pakai buang yang diperbuat daripada bahan kitar semula dan boleh dikitar semula

  -

Jika boleh gunakan kain mengesat tangan. Bekalkan kertas tisu hanya jika diminta dan beli kertas tisu tangan yang 100% diperbuat daripada kertas kitar semula tanpa bahan peluntur

  -

Tempatkan dan labelkan tong kitar semula untk tin aluminium, botol kaca, suratkhabar, sisa organik, pinggan kertas/plastik yang bersebelahan dengan tong sampah

  -

Habiskan makanan yang dipesan/beli bagi mengelakkan makanan yang tidak habis dimakan menjadi sisa

     
pointer 3R Di Kantin
  -
Jangan galakkan penggunaan penyedut minuman, kertas tisu dan pengacau minuman pakai buang. Hanya bekalkan penyedut minuman dan batang pengacau minuman jika diminta oleh pelanggan
     
pointer 3R Di Hotel
  -
Adakan kerjasama dengan pembekal untuk mengurangkan pembungkusan barangan. Beli dan/atau guna bekas, pembungkus produk yang boleh diguna semula/dipulangkan.
  -

Dermakan makanan berlebihan kepada pusat kebajikan. Perabot dan peralatan yang lama boleh dihantar ke pusat guna semula

     
pointer 3R Di Bilik Hotel
  -
Jangan bekalkan sabun atau syampu yang dipaketkan secara individu kepada tetamu. Sebaliknya, sediakan bekas sabun dan syampu yang boleh diisi semula disetiap bilik
  -

Pastikan semua barangan kitar semula yang dihasilkan di bilik tetamu diasingkan mengikut kategorinya

  -

Beri pilihan kepada tetamu samada mereka ingin menukar cadar atau tuala setiap hari atau menggunakan cadar da tuala yang sama sekiranya ia masih bersih

  -

Elakkan pembungkusan berlebihan atau barangan pakai buang. Sebagai contoh, sediakan gelas kaca dan bukannya cawan kertas yang dipakai buang

     
pointer 3R Di Sekitar Hotel
  -
Promosikan program 3R anda kepada pelanggan
  -

Kumpul suratkhabar lama dan majalah lama untuk diguna atau dikitar semula. Penerbitan semasa boleh didermakan kepada klinik atau hospital

  -

Sediakan majalah, risalah dan kertas di ruang lobi untuk mereka yang meminta. Jangan sediakan di setiap bilik

  -

Letakkan tong kitar semula di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai

     
pointer 3R Di Bilik Mesyuarat
  -
Sediakan papan tulis yang boleh ditulis dan dipadam semula dan bukannya kertas yang dipakai buang
  -

Elakkan dari memberi ahli mesyuarat buku nota dan pen/pensel pakai buang. Galakkan mereka membawa alat tulis masing-masing

     
pointer 3R Di Pasar Raya
  -
Pilih untuk menjual barangan yang kurang pembungkusannya
  -

Elakkan dari menyediakan beg plastik bersaiz kecil untuk pembelian barangan yang kecil, tanya pelanggan samada anda boleh menggunakan pita pelekat bagi menggantian beg plastik

  -

Sediakan bahagian pembelian secara pukal untuk pelbagai jenis makanan (contoh : tepung, gula, kopi dan lain-lain)

  -

Promosi, iklan dan maklumkan kepada pelanggan anda mengenai program 3R di kedai anda. Beritahu mereka mengenai aktiviti yang dijalankan dan mengapa ia dijalankan

  -

Hubungi penerbit majalah dan akhbar yang dijual di kedai anda. Ramai penerbit akan membeli atau menerima semula penerbitan lama mereka atau dikitar semula

  -

Kaji kesesuaian untuk anda menerima semula barangan yang sudah dipakai daripada pelanggan untuk dikitar semula

  -

Sediakan beg guna semula yang tahan lama untuk dibeli oleh pelanggan atau menyediakan beg plastik yang dikitar semula

  -

Jual barangan daging yang hampir mencapai tarikh luput pada harga rendah bagi mengelakkan stok berlebihan dibuang

  -

Kurangkan jumlah penjualan daging yang dipotong siap

  -

Kumpul cebisan daging dari kedai untuk digunakan di sektor pembuatan makanan haiwan

     
pointer 3R Di Pusat Beli Belah
  -
Sediakan bekas-bekas untuk pengasingan sisa dari punca di beberapa tempat di sekitar pusat membeli belah
  -

Sediakan sudut khas untuk membolehkan kumpulan pecinta alam untuk mengadakan pameran atau sesi taklimat kepada orang awam

  -

Tanya pegawai Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab mengenai aktiviti kitar semula samada mereka ingin mempromosikan kegiatan kitar semula di pusat membeli belah

  -

Adakan perbincangan dengan pemilik kedai mengenai jenis barangan yang boleh dikitar semula dan jenis barangan yang tidak boleh dikitar semula

  -

Galakkan pemilik kedai untuk mengadakan polisi yang hanya membekalkan beg plastik kepada pelanggan sekiranya diminta

  -

Sokong dan galakkan pembelian barangan yang berkonsepkan 'Mesra Alam' , seperti pembuatan bekasnya yang terdiri daripada peratusan tertentu bahan kitar semula, disamping bekasnya yang boleh diguna semula atau dikitar semula

  -

Cuba sediakan sistem pembelian yang membolehkan semua kedai membeli untuk barangan keperluan biasa secara pukal

     
     

Kemaskini pada 2016-09-07 15:15:13 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 4038
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negera (JPSPN)
Aras 23 & 24, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya.

Tel:03-8000 8000 | Faks:603-8891 3190 |  Emel:  jpspn[at]kpkt[dot]gov[dot]my
   
MLA mygov swcorp kpkt qrcode 1malaysia
Dasar Privasi Penafian Dasar Keselamatan Peta Laman    
(C) Hakcipta Terpelihara JPSPN, KPKT
Dikemaskini pada 23-10-2017 Jumlah Pegawai222409