fbtwitterrss
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
  jata logo negaraku header
 
Awam Swasta Warga
[ x ]
 
wte
[ x ]
 
survey

Pengimportan Sisa Plastik


***Pemakluman Pertukaran Kuasa Pengeluaran Permit Import (AP)***

Lesen Import (AP) Sisa Plastik

Latar Belakang

Jabatan ini telah mengambilalih tanggungjawab mengeluarkan Lesen Import (AP) Sisa Plastik daripada kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MiTI) berkuatkuasa pada 2 Februari 2015 sepertimana pewartaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2015.

Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import)(Pindaan) 2015 telah meletakkan sisa plastik dengan kod tarif HS 3915 di dalam Bahagian I, jadual Kedua yang mana semua pengimportan ke Malaysia dilarang keduali mendapat Lesen Import (AP)
     

Pendaftaran Syarikat Bagi Mengimport Sisa Plastik

Polisi Pengimportan Sisa Plastik Bagi Kod Tarif 3915

i. Keperluan Pembaharuan Eksporter
    
 
Bermula 1 Jun 2016, Kelulusan AP hanya akan diberikan kepada syarikat yang melampirkan Surat Kelulusan Pengeksport yang diluluskan oleh JPSPN sahaja. Sehubungan itu, semua pengimport sisa plastik dibawah kod HS 3915 yang pernah mendapat kelulusan daripada agensi lain sebelum pengambilalihan pengeluaran permit oleh JPSPN perlu mengemukakan permohonan semula eksporter kepada JPSPN.
 
Polisi semasa Jabatan menetapkan bermula 1 Mac 2017, tempoh sah laku kelulusan eksporter adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh kelulusan Jabatan bagi membolehkan semakan dan pemantauan yang lebih kerap dan terperinci dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Syarikat pembekal (pengeksport) yang telah diberi kelulusan sebelum tarikh tersebut akan kekal dengan tempoh sepertimana dinyatakan dalam surat kelulusan Jabatan sebelum ini.
 
   
         
ii. Pematuhan Sijil ISO 14000    
 
 
Pemakaian ISO 14000 kepada semua pembekal/pengeksport sisa plastik ditangguhkan sehingga 30 Jun 2017. Penangguhan ini juga terpakai bagi pengeksport/pembekal sisa plastik yang terletak di Zon Bebas (FIZ/FTZ) dan syarikat-syarikat yang mendapat pengecualian cukai di bawah Seksyen 14(2) Akta Kastam 1967.

Sehubungan itu, pihak pengimport diingatkan untuk memastikan semua pengekport/pembekal hendaklah mempunyai persijilan ISO14000 dan dimuatnaik bersama surat kelulusan pengeksport/pembekal bermula 1 Julai 2017.

Manakala, semua pengimport disyaratkan mempunyai sijil ISO 14000 mulai 1 Jun 2019.
   
         
iii. Pematuhan Operasi Kilang    
    Syarikat pengimport yang telah mendapat kelulusan pematuhan operasi kilang oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) tanpa tempoh sah laku 6 bulan hendaklah membuat permohonan semula pematuhan operasi kilang kepada pihak JAS. Peraturan ini berkuatkuasa serta merta.    
         
iv. Pengesahan Dokumen Sokongan Melalui Sistem E-Permit    
 
 
Syarikat pengimport perlu memastikan invois yang dikemukakan bertandangan dan bercop oleh pengeksport. Pemohon juga perlu mengemukakan gambar sebenar sisa plastik yang ingin diimport. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan permohonan AP tidak diluluskan.    

Kelulusan Pengeksport Sisa Plastik

Pematuhan Operasi Kilang

Permohonan AP Sisa Plastik

Soalan Lazim


Kemaskini pada 2016-09-07 15:05:40 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 5874
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negera (JPSPN)
Aras 23 & 24, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya.

Tel:03-8000 8000 | Faks:603-8891 3190 |  Emel:  jpspn[at]kpkt[dot]gov[dot]my
   
MLA mygov swcorp kpkt qrcode
Dasar Privasi Penafian Dasar Keselamatan Peta Laman    
(C) Hakcipta Terpelihara JPSPN, KPKT
Dikemaskini pada 26-06-2017 Jumlah Pegawai180444