fbtwitterrss
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
  jata header
 
Awam Swasta Warga
[ x ]
 
wte
[ x ]
 
survey
Anda di sini : Laman Utama > .

.

 
header
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN). Tahun 2018, JPSPN telah menginjak tahun ke-11 penubuhannya. Begitu juga dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini turut melalui transdormasinya bagi memastikan [engurusan yang lebih lestari.

Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang rancak di samping pertambahan penduduk telah meningkatkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh isi rumah, industri dan juga sektor perdagangan. Kajian Komposisi Sisa Pepejal merekodkan sebanyak 33,000 tan sisa pepejal sehari dihasilkan oleh rakyat Malaysia pada tahun 2012.Sekiranya sisa pepejal tidak diurus dengan cekap dan berkesan, ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan awam dan alam sekitar.

Justeru, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) telah dikuatkuasakan pada 1 September 2011 yang memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih tanggungjawab mengurus sisa pepejal daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam hal ini, JPSPN telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar, strategi, undang-undang serta melaksanakan Akta ini.

Selari dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin canggih menuntut JPSPN untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat dengan lebih pantas. Laman Web JPSPN ini dapat dijadikan platform untuk memberikan dan menyebarkan maklumat terkini tentang pengurusan sisa pepejal di samping berfungsi sebagai medium komunikasi dengan masyarakat umum dalam usaha meningkatkan mutu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

JPSPN juga berharap dengan mediium ini, hubungan jabatan dengan masyarakat akan menjadi lebih dekat di mana masyarakat akan lebih memahami fungsi, objektif dan peranan JPSPN dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini. Semoga laman web JPSPN ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.


Sekian, terima kasih.


 
sign
   Ketua Pengarah
   Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
 

 
 

Kemaskini pada 2017-12-29 13:04:59 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 7013
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negera (JPSPN)
Aras 23 & 24, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya.

Tel:03-8000 8000 | Faks:603-8891 3190 |  Emel:  jpspn[at]kpkt[dot]gov[dot]my
   
mygov kpkt qrcode 1malaysia
Dasar Privasi Penafian Dasar Keselamatan Peta Laman    
 (C) Hakcipta Terpelihara @ JPSPN
Dikemaskini pada 19-01-2018 Jumlah Pegawai256535