fbtwitterrss
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
  jata logo negaraku header
 
Awam Swasta Warga
[ x ]
 
wte
[ x ]
 
survey

Soalan Lazim Berkaitan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca (Penguatkuasaan)

Soalan - soalan kerap ditanya berhubung pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca (Penguatkuasaan)
       
1. Apakah peruntukan Akta bagi penguatkuasaan Pengasingan Sisa di Punca?
   Penguatkuasaan pengasingan sisa di punca adalah tertakluk kepada  Akta Pengurusan sisa pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim Bagi Sisa Pepejal Isi Rumah Dan Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah) 2011.
       
2. Bilakah tindakan penguatkuasaan pengasingan sisa di punca dilaksanakan?
  Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan mengikut 3 fasa. Fasa pertama penguatkuasaan ialah pada 1 Julai 2015 sehingga 31 Ogos 2015. Fasa kedua pula bermula pada 1 September 2015 sehingga 31 Mei 2015 dan fasa ketiga akan bermula pada 1 Jun 2016.
       
3. Bagaimana tindakan penguatkuasaan dilaksanakan?
  Semakan pengasingan sisa di punca akan dilakukan oleh Penguatkuasa SWCorp berdasarkan kepada operasi yang dirancang, maklumat orang awam dan maklumat dari syarikat konsesi. Anggota penguatkuasa akan menyemak keadaan luaran dan dalaman tong bagi melihat sama ada sisa kitar semula telah diasingkan atau tidak mengikut tatacara pengasingan yang telah ditetapkan.
       
4. Apakah kesalahan-kesalahan tidak melakukan pengasingan sisa di punca?
  Kesalahan – kesalahan yang boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan pengasingan sisa di punca ialah apabila pemilik premis didapati tidak melakukan pengasingan sisa kitar semula (sisa kering) dan mencampurkan sisa tersebut dengan sisa baki (sisa kering).
       
5. Apakah yang akan dilakukan sekiranya didapati pengasingan sisa di punca  tidak dilaksanakan oleh penghuni premis?  
  bullet Bagi Fasa 1 : 1 Julai sehingga 30 Ogos 2015.  
  Setelah semakan dijalankan, sekiranya didapati pengasingan sisa di punca tidak dilaksanakan, anggota penguatkuasa SWCorp akan berjumpa dengan penghuni premis untuk:
 
i)          Menasihati penghuni untuk melakukan pengasingan sisa di punca,
ii)         Menyerahan surat peringatan mesra dan risalah penerangan pengasingan sisa di punca.
iii)        Menjelaskan implikasi perundangan sekiranya tidak melaksanakan pengasingan sisa di punca.
 
     
  bullet Bagi Fasa 2 : 1 September sehingga 31 Mei 2016  
  Sekiranya  penghuni premis tidak melakukan pengasingan sisa di punca, anggota penguatkuasa SWCorp akan berjumpa dengan penghuni premis untuk:
 
i)          Menasihati penghuni untuk melakukan pengasingan sisa di punca,
ii)         Menyerahan Notis pemberitahuan kesalahan
iii)        Menjelaskan implikasi perundangan sekiranya tidak melaksanakan pengasingan sisa di punca.
 
Proses menyerahkan notis pemberitahuan akan diulangi sehingga menjelang 1 Jun 2016.
 
       
  bullet Bagi Fasa 3 : Mulai 1 Jun 2016  
  Jika didapati terdapat penghuni premis yang tidak melaksanakan pengasingan sisa di punca, anggota penguatkuasa SWCorp akan menasihati penghuni premis tersebut untuk melakukan pengasingan sisa di punca dan menyerahkan Notis pemberitahuan kesalahan.

Setiap notis kesalahan pemberitahuan kesalahan yang dikeluarkan akan di ambil tindakan perundangan dengan mengkompaun atau pendakwaan kepada penghuni premis tersebut.
 
Nilai kompaun adalah seperti berikut
 
  • Kesalahan pertama – RM 50.00
  • Kesalahan kedua – RM 100.00
  • Kesalahan ketiga – RM 500.00
 
Setiap kompaun tersebut hendaklah diselesaikan dalam masa 14 hari, tindakan pendakwaan ke mahkamah akan diambil dan denda maksimu RM 1000.00 boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan.
 
     
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi SWCorp di talian berikut:

03-22459292 atau layari www.swcorp.my

atau


En Muhammad Fadly Bin Usul | No.Tel : 03-8891 4587
 
     
     

Kemaskini pada 2016-06-16 10:16:29 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 619
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negera (JPSPN)
Aras 23 & 24, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya.

Tel:03-8000 8000 | Faks:603-8891 3190 |  Emel:  jpspn[at]kpkt[dot]gov[dot]my
   
MLA mygov swcorp kpkt qrcode
Dasar Privasi Penafian Dasar Keselamatan Peta Laman    
(C) Hakcipta Terpelihara JPSPN, KPKT
Dikemaskini pada 23-09-2017 Jumlah Pegawai208338