fbtwitterrss
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
  jata logo negaraku header
 
Awam Swasta Warga
[ x ]
 
wte
[ x ]
 
survey

Pengenalan Kepada JPSPN

 
Visi
bullet Menyediakan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lestari, bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif.
   
Misi
bullet
 
Sentiasa meningkatkan mutu pengurusan sisa pepejal dan  pembersihan awam melalui penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan perundangan.
   
Objektif

 
Mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal  yang lestari supaya kesihatan awam terjamin, alam sekitar dilindungi dan dipulihara serta sumber alam terpelihara;
Memastikan kebersihan persekitaran dan nilai estetik terjaga;

 
Memainkan peranan sebagai institusi yang bertanggungjawab ke atas penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan perundangan mengenai pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam; dan

 
Menyelaras kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak swasta dan masyarakat bagi melicinkan pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
   
Fungsi
Mencadangkan dasar-dasar, rancangan dan strategi berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;


 
Mencadangkan rancangan bagi pengurusan sisa pepejal termasuk lokasi, jenis dan saiz kemudahan pengolahan baru, kawasan lingkungan kemudahan pengurusan sisa pepejal, skim pengurusan sisa pepejal untuk membekalkan sisa pepejal terkawal kepada kemudahan pengurusan sisa pepejal dan jangka masa bagi pelaksanaan rancangan itu;

 
Bertanggungjawab melaksanakan fungsi pengawalseliaan yang dinyatakan dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta tersebut;
Bertanggungjawab memberikan lesen dan kelulusan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007;dan

 
Bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti lain berkaitan dengan pelaksanaan fungsi di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
   
Piagam Pelanggan
bullet
 
Mengeluarkan keputusan permohonan lesen dan pembaharuan lesen pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dalam tujuh (7) hari bekerja setelah menerima pengesyoran dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
bullet
 
Mendaftarkan pengusaha dan penyedia perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah dokumen disahkan lengkap.
bullet
 
Mengeluarkan akuan penerimaan aduan/ pertanyaan kepada pelanggan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan/pertanyaan diterima.
bullet
 
Memastikan maklum balas awal terhadap pertanyaan/aduan dikemukakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dan diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh pertanyaan/aduan diterima kecuali bagi aduan yang memerlukan siasatan lanjut sehingga tempoh 60 hari bekerja.
bullet
 
Memastikan permohonan untuk mendapatkan salinan atau cabutan daripada daftar lesen diberikan dalam tempoh dua (2) jam.
 
bullet Memastikan ketersediaan capaian laman web Jabatan adalah 95%
   
Kod Etika
bullet Amanah dan Ikhlas;
bullet Mesra Pelanggan; dan
bullet Memberi Perkhidmatan Cemerlang.
   


 

Kemaskini pada 2016-09-21 11:34:38 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 8203
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negera (JPSPN)
Aras 23 & 24, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya.

Tel:03-8000 8000 | Faks:603-8891 3190 |  Emel:  jpspn[at]kpkt[dot]gov[dot]my
   
MLA mygov swcorp kpkt qrcode
Dasar Privasi Penafian Dasar Keselamatan Peta Laman    
(C) Hakcipta Terpelihara JPSPN, KPKT
Dikemaskini pada 29-07-2017 Jumlah Pegawai188994