Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan Hari Terbuka Makmal Pengurusan Sisa Pepejal (Lab Open Day) pada 25 Februari 2016 di Cititel MidValley, Kuala Lumpur.
Hari terbuka ini adalah lanjutan daripada Makmal Pengurusan Sisa Pepejal yang telah diadakan pada 27 Mei sehingga 17 Jun 2015. Ia diadakan bertujuan membentangkan dan mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan berhubung dapatan makmal mengenai inisiatif-inisiatif berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Klik untuk muat turun slaid makmal pengurusan sisa pepejal:
Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan/pandangan bagi penambahbaikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Malaysia, anda boleh mengisi borang maklum balas di bawah: