Visi | |
![]() |
Menyediakan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lestari, bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif. |
Misi | |
![]() |
Sentiasa meningkatkan mutu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam melalui penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan perundangan. |
Objektif | |
![]() |
Mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang lestari supaya kesihatan awam terjamin, alam sekitar dilindungi dan dipulihara serta sumber alam terpelihara; |
![]() |
Memastikan kebersihan persekitaran dan nilai estetik terjaga; |
![]() |
Memainkan peranan sebagai institusi yang bertanggungjawab ke atas penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan perundangan mengenai pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam; dan |
![]() |
Menyelaras kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak swasta dan masyarakat bagi melicinkan pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. |
Fungsi | |
![]() |
Mencadangkan dasar-dasar, rancangan dan strategi berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam; |
![]() |
Mencadangkan rancangan bagi pengurusan sisa pepejal termasuk lokasi, jenis dan saiz kemudahan pengolahan baru, kawasan lingkungan kemudahan pengurusan sisa pepejal, skim pengurusan sisa pepejal untuk membekalkan sisa pepejal terkawal kepada kemudahan pengurusan sisa pepejal dan jangka masa bagi pelaksanaan rancangan itu; |
![]() |
Bertanggungjawab melaksanakan fungsi pengawalseliaan yang dinyatakan dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta tersebut; |
![]() |
Bertanggungjawab memberikan lesen dan kelulusan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007;dan |
![]() |
Bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti lain berkaitan dengan pelaksanaan fungsi di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. |
Piagam Pelanggan | |
![]() |
Mengeluarkan keputusan permohonan lesen dan pembaharuan lesen pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dalam tujuh (7) hari bekerja setelah menerima pengesyoran dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). |
![]() |
Mendaftarkan pengusaha dan penyedia perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah dokumen disahkan lengkap. |
![]() |
Mengeluarkan akuan penerimaan aduan/ pertanyaan kepada pelanggan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan/pertanyaan diterima. |
![]() |
Memastikan maklum balas awal terhadap pertanyaan/aduan dikemukakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dan diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh pertanyaan/aduan diterima kecuali bagi aduan yang memerlukan siasatan lanjut sehingga tempoh 60 hari bekerja. |
![]() |
Memastikan permohonan untuk mendapatkan salinan atau cabutan daripada daftar lesen diberikan dalam tempoh dua (2) jam. |
![]() |
Memastikan ketersediaan capaian laman web Jabatan adalah 95% |
Kod Etika | |
![]() |
Amanah dan Ikhlas; |
![]() |
Mesra Pelanggan; dan |
![]() |
Memberi Perkhidmatan Cemerlang. |
Kemaskini pada 2019-11-25 00:00:01 daripada Administrator