Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

Perutusan Ketua Pengarah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Selamat Datang dan terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara ( JPSPN ).
     Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam merupakan salah satu daripada perkhidmatan perbandaran yang dilaksanakan di Malaysia. Penjanaan sisa pepejal di Malaysia semakin meningkat saban tahun dan ia adalah selari dengan peningkatan populasi penduduk, kepesatan pembangunan ekonomi negara dan juga juga faktor urbanisasi perbandaran. Pengurusan sisa pepejal adalah berdasarkan hirarki pengurusan sisa pepejal (waste management hierarchy) yang memberi keutamaan kepada pengurangan sisa melalui 3R iaitu pengurangan, guna semula, kitar semula, rawatan perantaraan dan pelupusan akhir. Dalam hal ini, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di Malaysia perlu dilihat secara holistik dan menyeluruh agar dapat mewujudkan sebuah sistem pengurusan sisa pepejal yang bersepadu, menggunakan teknologi yang kos efektif, mementingkan pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar di samping menjamin menjamin kesihatan awam.
     JPSPN telah ditubuhkan pada tahun 2007 selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) yang telah diwartakan pada 30 Ogos 2007. Penubuhan JPSPN adalah bertujuan bagi mengintegrasikan pengurusan sisa pepejal di peringkat nasional serta memastikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang cekap, berkesan dan lestari.
    Portal JPSPN telah dibangunkan untuk berkongsi maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh semua pelanggan dan stakeholders jabatan ini. Capaian-capaian mesra pelanggan turut disediakan supaya portal JPSPN dapat digunakan dengan mudah. Sehubungan itu, saya berharap agar portal ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Sekian, terima kasih.

 

Zamakhshari bin Hanipah
Ketua Pengarah
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Skip to content