Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

Soalan Lazim

JPSPN menjalankan fungsi dan peranan dalam merangka dasar, rancangan dan strategi serta menyediakan perancangan bagi fasiliti pengurusan sisa pepejal seperti lokasi, jenis, saiz fasiliti. Ia termasuklah merancang, membina, pengoperasian fasliti PSP serta melaksanakan projek penutupan selamat tapak pelupusan apabila telah mecapai jangka hayat. JPSPN berperanan dalam menetapkan piawaian, spesifikasi, dan kod amalan, menjalankan fungsi pengawalselian serta melaksanakan pemberian lesen dan kelulusan lesen. Antara peranan utama jabatan adalah bertanggungjawab dalam melaksanakan penswastaan serta mentadbir perjanjian konsesi. Selain itu, JPSPN juga bertanggungjawab dalam memberikan kelulusan bagi pembinaan, penggubahan dan penutupan fasilti PSP, pelesenan perkhidmatan PSP & PA dan pengeluaran AP Import Plastik di bawah HS Kod 3915 melalui penurunan kuasa oleh KP Kastam.
Manakala SWCorp menjalankan fungsi dan peranan dalam melaksanakan dasar, rancangan dan strategi serta skim yang telah ditetapkan; melaksanakan langkah-langkah yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan (PSP&PA), mengesyorkan standard, spesifikasi dan kod amalan bagi perkhidmatan PSP&PA, melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang PSP&PA, menambah usaha bersepadu ke arah peningkatan kecekapan pengendalian perkhidmatan PSPPA, menggalakkan penyertaan awam dan mempertingkatkan kesedaran awam mengenai PSPPA dan lain-lain fungsi yang berkaitan.
Akta 672 telah dikuatkuasakan pada 1 September 2011 di seluruh Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan kecuali Labuan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Kelantan.
  • Hanya mereka yang telah diberi lesen sahaja boleh menjalankan perkhidmatan sisa pepejal, mengurus, kemudahan sisa pepejal atau menjalankan perkhidmatan pembersihan awam;
  • Pengasingan sisa di punca;
  • Pengurangan janaan sisa, penggunaan semula bahan dan kitar semula bahan;
  • Sistem terima balik;dan
  • Sistem bayaran balik Deposit
Penswastaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal hanya melibatkan sisa pepejal, isi rumah dan yang serupa dengannya. Perkhidmatan untuk sisa pepejal yang lain seperti sisa pepejal pembinaan, industri dan komersil terbuka kepada pihak yang berminat. Manakala pembinaan dan pengendalian kemudahan pengurusan sisa pepejal tidak termasuk dalam penswastaan.
Kutipan 2+1 adalah:
  • 2 kali seminggu kutipan untuk sisa baki seperti sisa organik & sisa yang tidak boleh dikitar semula
  • 1 kali seminggu kutipan bagi sisa pukal, sisa kebun dan sisa yang boleh dikitar semula
  • Zon tengah dan timur oleh Alam Flora Sdn. Bhd. (Kuala Lumpur, Putrajaya & Pahang)
  • Zon utara oleh Environment Idaman Sdn. Bhd. (Kedah dan Perlis)
  • Zon selatan oleh SWM Environment Sdn. Bhd. (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan)
Agihan tong sisa mudah alih berkapasiti 120 liter ini adalah bagi Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pahang, Kedah dan Perlis. Ianya akan diagihkan secara berperingkat iaitu:
  • Bandaraya dan Ibu-Ibu Negeri, 1 September 2011 hingga 31 Ogos 2012
  • Majlis Perbandaran, 1 September 2012 hingga 31 Ogos 2013
  • Majlis Daerah, 1 September 2013 hingga 31 Ogos 2014
Ianya akan diedarkan oleh syarikat-syarikat konsesi yang dilantik bagi negeri-negeri tersebut.
TIDAK. Ianya akan diagihkan bagi premis kediaman bertanah sahaja. Bagi rumah pangsa atau apartment, mereka hanya disediakan dengan kemudahan tong-tong berkapasiti 660 liter / 1100 liter di rumah sampah berkenaan.
Tiada bayaran dikenakan. Bagi tujuan penyerahan tong tersebut, pemilik akan diminta untuk menandatangani borang penerimaan sebagai bukti penerimaan dan juga bagi maksud pangkalan data.
Penyewa/pemilik kediaman juga diminta untuk  mengemukakan bukti mereka adalah penyewa/pemilik dengan menunjukkan bil elektrik/air/telefon/Astro ataupun salinan cukai pintu.
Sekiranya tong sisa 120 liter yang diberikan rosak ataupun hilang akibat kecuaian pemilik, bayaran akan dikenakan bagi penggantian tong.
Namun, jika kerosakan / kehilangan adalah disebabkan oleh kecuaian pihak yang menjalankan kutipan sisa pepejal, tiada bayaran yang akan dikenakan.
JPSPN  03-8000 8000
PPSPPA 03-5545 9592 (Call Center)
Secara umumnya, Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari adalah tempat pembuangan sampah yang dilengkapi sistem pengumpulan gas metana dan air larut resap, loji rawatan air larut resap dan penutupan liner.
  • The Technical Guideline For Sanitary Landfill, Design and Operation, August 2006 yang dikelaurkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
  • Guideline For Safe Closure And Rehabilitation of MSW Landfill Sites, August 2006 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara 
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Cik Siti Mariani binti Ayob
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
No. Telefon     : 603-88910 5564
Emel               : siti_mariani@kpkt.gov.my
Skip to content