Pengasingan sisa pepejal di rumah adalah proses mengasingkan sisa pepejal yang dihasilkan di rumah mengikut komposisi sisa pepejal seperti kertas, plastik, lain-lain ( kaca/seramik,tin aluminium/besi/logam, sisa elektronik/barang elektrik lain,bahan fabric/kasut/getah/kulit dan sisa berbahaya), sisa kebun/taman, sisa pukal, sisa makanan,lampin pakai buang dan sisa lain yang kotor dan tercemar.
Di antara sebab pihak kerajaan melaksanakan pengasingan sisa pepejal di rumah bertujuan untuk:
– Mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan dan oleh itu, membantu meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan tersebut;
Pengasingan sisa pepejal di rumah ini akan dilaksanakan pada 1 SEPTEMBER 2015 ini.
Saya perlu mengasingakan sisa pepejal adalah untuk :
– Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula;
– Mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan;
– Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal.
Merupakan satu kesalahan jika tidak mengasingkan sisa pepejal di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2012 (Akta 672) dan boleh didenda tidak melebihi RM1000.00 apabila didapati bersalah.
Secara mudahnya sisa pepejal hendaklah diasingkan kepada sisa yang boleh dikitar semula dan sisa baki ( sisa yang akan dihantar ke tapak pelupusan).
Sisa pepejal di rumah yang boleh dikitar semula perlu diasingkan mengikut komposisi sisa pepejal seperti berikut :
a.Kertas – surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas computer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.
b.Plastik – botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik, bekas ais krim dan lain – lain jenis plastik.
c.Lain – lain iaitu :-
i. Kaca/Seramik – botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya.
ii. Tin aluminium/besi/logam lain – tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya.
iii. Sisa elektrik/barang elektrik kecil – bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED,cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
iv. Bahan fabrik/kasut/getah/kulit – kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya.
v. Sisa berbahaya – bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai – anai dan sebagainya.
d. Sisa Kebun/Taman – sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting,pelepah pokok, batang pokok, rumput dan sebagainya.
e. Sisa Pukal – sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil, mesin basuh, sofa, perabot dan sebagainya.
Bagi sisa pepejal yang telah diasingkan di atas hendaklah dimasukkan dalam bekas yang sesuai atau plastik sampah dan diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan yang ditetapkan di sesuatu kawasan. Manakala bagi Sisa Pukal hendaklah diletakkan dengan kemas di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan.
Sisa Baki ini merangkumi sisa makanan, lampin pakai buang, tisu, sisa –sisa lain yang kotor dan tercemar. Sisa Baki berkenaan perlu dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai atau plastik sampah dan dimasukkan ke dalam tong sampah.
Bagi sisa pepejal yang telah diasingkan seperti kertas, plastik, lain – lain bahan kitar semula, sisa kebun dan sisa pukal, kutipan akan dibuat satu (1) kali seminggu. Manakala sisa baki pula, kutipan akan dibuat dua (2) kali seminggu. Kutipan akan dilaksanakan oleh syarikat konsesi yang dilantik oleh pihak kerajaan.
Bagi mengasingkan sisa pepejal di rumah, penduduk dikehendaki menyediakan sendiri apa-apa bekas yang bersesuaian atau plastik sampah untuk mengasingkan sisa pepejal berkenaan. Namun begitu, penduduk digalakkan menggunakan plastik sampah berwarna biru untuk sisa kertas, plastik sampah berwarna putih untuk sisa plastik dan plastik sampah berwarna hijau untuk lain-lain bahan kitar semula.