***Pemakluman Pertukaran Kuasa Pengeluaran Permit Import (AP)***
Lesen Import (AP) Sisa Plastik
Latar Belakang
Jabatan ini telah mengambilalih tanggungjawab mengeluarkan Lesen Import (AP) Sisa Plastik daripada kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MiTI) berkuatkuasa pada 2 Februari 2015 sepertimana pewartaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2015. |
||
Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import)(Pindaan) 2015 telah meletakkan sisa plastik dengan kod tarif HS 3915 di dalam Bahagian I, jadual Kedua yang mana semua pengimportan ke Malaysia dilarang keduali mendapat Lesen Import (AP) | ||
Permohonan Lesen Import (AP) Sisa Plastik HS Kod 39.15
![]() |
Carta Alir Permohonan Lesen Import Sisa Plastik HS Kod 39.15 | |
---|---|---|
![]() |
Syarat-Syarat Pengimportan Sisa Plastik HS Kod 39.15 | |
Polisi Pengimportan Sisa Plastik Bagi Kod Tarif 3915
i. | Keperluan Pembaharuan Eksporter | |||
---|---|---|---|---|
|
Bermula 1 Jun 2016, Kelulusan AP hanya akan diberikan kepada syarikat yang melampirkan Surat Kelulusan Pengeksport yang diluluskan oleh JPSPN sahaja. Sehubungan itu, semua pengimport sisa plastik dibawah kod HS 3915 yang pernah mendapat kelulusan daripada agensi lain sebelum pengambilalihan pengeluaran permit oleh JPSPN perlu mengemukakan permohonan semula eksporter kepada JPSPN. Polisi semasa Jabatan menetapkan bermula 1 Mac 2017, tempoh sah laku kelulusan eksporter adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh kelulusan Jabatan bagi membolehkan semakan dan pemantauan yang lebih kerap dan terperinci dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Syarikat pembekal (pengeksport) yang telah diberi kelulusan sebelum tarikh tersebut akan kekal dengan tempoh sepertimana dinyatakan dalam surat kelulusan Jabatan sebelum ini. |
|||
ii. | Pematuhan Sijil ISO 14000 | |||
Pihak pengimport perlu memastikan semua pengekport/pembekal hendaklah mempunyai persijilan ISO14000 dan dimuatnaik bersama surat kelulusan pengeksport/pembekal bermula 1 Julai 2017. Manakala, semua pengimport disyaratkan mempunyai sijil ISO 14000 mulai 1 Jun 2019. | ||||
iii. | Pematuhan Operasi Kilang | |||
Bermula 1 Januari 2019, Syarikat hanya perlu memaklumkan kepada JPSPN melalui surat rasmi/email bagi mendapatkan status pematuhan operasi kilang yang terkini. Pihak JPSPN akan mendapatkan status tersebut dari pihak JAS Putrajaya. | ||||
iv. | Pengesahan Dokumen Sokongan Melalui Sistem E-Permit | |||
Syarikat pengimport perlu memastikan invois yang dikemukakan bertandangan dan bercop oleh pengeksport. Pemohon juga perlu mengemukakan gambar sebenar sisa plastik yang ingin diimport. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan permohonan AP tidak diluluskan. | ||||
v. | Keperluan AP Bagi Aktiviti Transit/Transshipment Sisa Plastik | |||
Polisi Jabatan menetapkan bahawa kebenaran import hanya diberi kepada pengimport yang mempunyai premis dan menjalankan aktiviti pemprosesan/kitar semula sisa plastik import sahaja. Dalam hal ini, pihak Jabatan tidak menyokong mana-mana aktiviti transit/transshipment kerana ia tidak melibatkan sebarang aktiviti pemprosesan/kitar semula di samping mempunyai risiko menjadi dagangan terbiar kerana tidak dituntut. | ||||
vi. | Premis Pemprosesan Skrap Plastik Kod Tarif 3915 | |||
Pemegang AP yang diluluskan untuk mengimport skrap plastik hanya dibenarkan menyimpan dan memproses skrap plastik yang diluluskan di premis yang dinyatakan di surat kelulusan pengeksport (pembekal) skrap plastik sahaja. Adalah menjadi kesalahan kepada pemegang AP, sekiranya didapati AP yang telah diluluskan dijual dan skrap plastik dihantar dan diproses di premis lain. Skrap plastik yang diimport mestilah diproses di kilang yang telah mendapat kelulusan Jabatan ini sahaja. |
||||
vii. | Pengesahan Kod Tarif Dagangan | |||
Semua pengimport dikehendaki mendapatkan surat penjenisan daripada pihak KASTAM bagi memastikan dagangan yang diimport adalah di bawah kod tariff yang betul. Pengesahan kod tarif dagangan yang diimport adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (KASTAM) dan boleh dimohon melalui alamat di bawah : Pengarah Bahagian perkhimatan Teknik Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan No 3, Persiaran Perdana, Presint 2, 62596, Putrajaya |
||||
viii. |
Keperluan Pengimport Untuk Menyediakan Salinan Lesen Import (AP) Sisa Plastik Kod Tarif 3915 Yang Sah Kepada Ejen Perkapalan/Transporter | |||
Sepertimana sedia maklum, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 telah meletakkan sisa plastik dengan kod tarif 3915 di dalam Bahagian I, Jadual Kedua yang mana semua pengimportan ke dalam Malaysia dilarang kecuali mendapat AP termasuklah pergerakan dari zon perdagangan bebas (FTZ) ke kawasan utama Kastam. Selaras dengan ketetapan Kastam tersebut, pihak pengimport perlu memohon AP terlebih dahulu sebelum memulakan penghantaran dagangan sisa plastik ke Malaysia. Walau bagaimanapun, masih terdapat lambakan kontena sisa plastik yang tidak dituntut oleh pihak pengimport dan ditinggalkan di pelabuhan untuk tempoh yang lama terutamanya di Pelabuhan Klang, Selangor. Justeru, pihak Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) telah mengetatkan prosedur deklarasi borang pergerakan di dalam kawasan zon bebas di mana dagangan dengan muatan sisa plastik kod tarif 3915 yang berstatus import perlu melampirkan AP daripada JPSPN sebelum memuat turun dagangan daripada kapal/barge. Dalam hal ini, bagi melancarkan urusan pengimportan dagangan sisa plastik tersebut, pihak pengimport adalah dikehendaki untuk menyediakan salinan AP kepada ejen perkapalan sebelum dagangan tiba di Pelabuhan. Salinan AP yang dikemukakan tersebut hendaklah mengandungi maklumat yang betul dan sah bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit termasuklah risiko pengimport disenarai hitam oleh Jabatan ini sekiranya didapati terdapat pemalsuan maklumat. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kelewatan dalam proses pemunggahan kontena disebabkan kegagalan memenuhi keperluan perundangan dan peraturan pihak Kerajaan termasuklah sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. |
Kelulusan Pengeksport Sisa Plastik
Pematuhan Operasi Kilang
Permohonan AP Melalui Sistem ePermit
![]() |
Carta Alir Proses Kelulusan Sistem ePermit | |
---|---|---|
![]() |
Pautan (link) Pembelajaran Penggunaan Sistem ePermit | |
![]() |
Senarai Semak Dokumen Untuk Dimuat naik | |
Garis Panduan Penyimpanan (Storage) Sisa Plastik Di Kilang
Soalan Lazim
Kemaskini pada 2016-09-07 15:05:40 daripada Administrator