img
bm MS bi EN faq contact-us
content
petalaman

 

SOALAN LAZIM

JPSPN menjalankan fungsi dan peranan dalam merangka dasar, rancangan dan strategi serta menyediakan perancangan bagi fasiliti pengurusan sisa pepejal seperti lokasi, jenis, saiz fasiliti. Ia termasuklah merancang, membina, pengoperasian fasliti PSP serta melaksanakan projek penutupan selamat tapak pelupusan apabila telah mecapai jangka hayat. JPSPN berperanan dalam menetapkan piawaian, spesifikasi, dan kod amalan, menjalankan fungsi pengawalselian serta melaksanakan pemberian lesen dan kelulusan lesen. Antara peranan utama jabatan adalah bertanggungjawab dalam melaksanakan penswastaan serta mentadbir perjanjian konsesi. Selain itu, JPSPN juga bertanggungjawab dalam memberikan kelulusan bagi pembinaan, penggubahan dan penutupan fasilti PSP, pelesenan perkhidmatan PSP & PA dan pengeluaran AP Import Plastik di bawah HS Kod 3915 melalui penurunan kuasa oleh KP Kastam.

Manakala SWCorp menjalankan fungsi dan peranan dalam melaksanakan dasar, rancangan dan strategi serta skim yang telah ditetapkan; melaksanakan langkah-langkah yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan (PSP&PA), mengesyorkan standard, spesifikasi dan kod amalan bagi perkhidmatan PSP&PA, melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang PSP&PA, menambah usaha bersepadu ke arah peningkatan kecekapan pengendalian perkhidmatan PSPPA, menggalakkan penyertaan awam dan mempertingkatkan kesedaran awam mengenai PSPPA dan lain-lain fungsi yang berkaitan.


  •