img
bm MS bi EN faq contact-us
content
petalaman

 

DASAR PRIVASI

PRIVASI ANDA

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

APA YANG AKAN BERLAKU JIKA SAYA MEMBUAT PAUTAN KEPADA LAMAN YANG LAIN?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

PINDAAN DASAR

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

DASAR PRIVASI

 

PERLINDUNGAN DATA

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

KESELAMATAN STORAN

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

PENAFIAN

© Hakcipta Terpelihara Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

Kerajaan Malaysia dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Kandungan Selain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Kandungan Laman web di dalam bahasa Cina (selain Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu) telah dijana secara automatik menggunakan aplikasi Google Translator. Sehubungan dengan itu, bahasa dan kandungan portal tersebut adalah tidak tepat 100 % dan kemungkinan maksud berbeza dari isi kandungan. Penggunaan maklumat dan portal tersebut adalah di atas tanggungan pengguna.


  •