
LATAR BELAKANG
Unit Integriti ditubuhkan selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 dan berperanan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013. Penubuhan Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh. Inisiatif ini diharapkan akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.
Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan penstrukturan semula JPSPN dengan mewujudkan Unit Integriti berkuatkuasa 1 Januari 2024. Manakala Kementerian Kewangan melalui surat rujukan MOF.600-9/12/72 (6) bertarikh 5 Mac 2024 telah bersetuju untuk meluluskan penempatan pegawai melalui Waran Perjawatan Bil.S31 Tahun 2024 bertarikh 4 Mac 2024 di Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN).
FUNGSI UNIT INTEGRITI
Unit Integriti bertanggungjawab terhadap 6 fungsi teras berdasarkan Ceraian SP.1.2.1 Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), yang merupakan usaha kawalan dalaman jabatan untuk menguruskan perkara berkaitan integriti dalam organisasi seperti berikut :
1) Tadbir Urus
- Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
2) Pengukuhan Integriti
- Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam Jabatan;
3) Pengurusan Aduan
- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan atau maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika Jabatan;
4) Pengesanan dan Pengesahan
- Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika Jabatan serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil, dan
- Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
5) Pematuhan
- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa; dan
6) Tatatertib
- Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
MAKLUMAT NO TELEFON UNTUK DIHUBUNGI, EMEL & ALAMAT
Unit Integriti
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 24, Persiaran Perdana
Presint 3, 62000 W.P. Putrajaya
Tel: 03-88914533/4576






