![]() ![]() ![]() |
![]() |
1. | Apakah perbezaan di antara Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)? | ||||||
- Sedang dikemaskini - | |||||||
2. | Bilakah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dikuatkuasakan? | ||||||
Akta 672 telah dikuatkuasakan pada 1 September 2011 di seluruh Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan kecuali Labuan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Kelantan. | |||||||
3. | Apakah antara peruntukan penting yang terdapat di dalam Akta 672? | ||||||
|
|||||||
4. | Jelaskan mengenai penswastaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal? | ||||||
Penswastaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal hanya melibatkan sisa pepejal, isi rumah dan yang serupa dengannya. Perkhidmatan untuk sisa pepejal yang lain seperti sisa pepejal pembinaan, industri dan komersil terbuka kepada pihak yang berminat. Manakala pembinaan dan pengendalian kemudahan pengurusan sisa pepejal tidak termasuk dalam penswastaan. | |||||||
5. | Apakah yang dimaksudkan dengan kutipan 2+1? | ||||||
Kutipan 2+1 adalah:
|
|||||||
6. | Syarikat konsesi manakah yang telah dilantik untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam? | ||||||
|
|||||||
7. | Jelaskan mengenai agihan tong sisa mudah alih 120 liter? | ||||||
Agihan tong sisa mudah alih berkapasiti 120 liter ini adalah bagi Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pahang, Kedah dan Perlis. Ianya akan diagihkan secara berperingkat iaitu:
Ianya akan diedarkan oleh syarikat-syarikat konsesi yang dilantik bagi negeri-negeri tersebut. |
|||||||
8. | Adakah penghuni bagi rumah pangsa atau apartment akan turut diagihkan dengan tong sisa mudah alih 120 liter ini? | ||||||
TIDAK. Ianya akan diagihkan bagi premis kediaman bertanah sahaja. Bagi rumah pangsa atau apartment, mereka hanya disediakan dengan kemudahan tong-tong berkapasiti 660 liter / 1100 liter di rumah sampah berkenaan. | |||||||
9. | Adakah bayaran akan dikenakan bagi mendapatkan tong sisa mudah alih? | ||||||
Tiada bayaran dikenakan. Bagi tujuan penyerahan tong tersebut, pemilik akan diminta untuk menandatangani borang penerimaan sebagai bukti penerimaan dan juga bagi maksud pangkalan data. Penyewa/pemilik kediaman juga diminta untuk mengemukakan bukti mereka adalah penyewa/pemilik dengan menunjukkan bil elektrik/air/telefon/Astro ataupun salinan cukai pintu. |
|||||||
10. | Adakah pemilik premis yang telah menerima tong sisa 120 liter akan dikenakan denda sekiranya tong tersebut rosak ataupun hilang? | ||||||
Sekiranya tong sisa 120 liter yang diberikan rosak ataupun hilang akibat kecuaian pemilik, bayaran akan dikenakan bagi penggantian tong. Namun, jika kerosakan / kehilangan adalah disebabkan oleh kecuaian pihak yang menjalankan kutipan sisa pepejal, tiada bayaran yang akan dikenakan. |
|||||||
11. | Aduan/pertanyaan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam boleh disalurkan melalui: | ||||||
|
|||||||
|
|||||||
12. | Apakah yang dimaksudkan dengan tapak pelupusan sanitari? | ||||||
Secara umumnya, Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari adalah tempat pembuangan sampah yang dilengkapi sistem pengumpulan gas metana dan air larut resap, loji rawatan air larut resap dan penutupan liner. | |||||||
13. | Apakah garis panduan yang boleh dirujuk bagi merekabentuk tapaj pelupusan sisa pepejal sanitari dan menutup tapak pelupusan? | ||||||
|
|||||||
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: Cik Siti Mariani binti Ayob Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara No. Telefon : 603-88910 5564 Emel : siti_mariani@kpkt.gov.my |
|||||||
Kemaskini pada 2022-03-07 17:17:06 daripada Administrator