img
bm MS bi EN faq contact-us
content
petalaman

 

PERUNDANGAN

 

 

image image image
DASAR AKTA 672 PERATURAN-PERATURAN PSP & PA

 

DASAR

image image
Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Dasar Kebersihan Negara

 

AKTA 672

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) telah diwartakan pada 30 Ogos 2007. Akta 672 digubal bagi memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan perkara-perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah-wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

Akta 672 memperuntukkan bahawa semua pengusaha bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, pengusaha bagi perkhidmatan pengurusan pembersihan awam serta pengendali apa-apa kemudahan pengurusan sisa pepejal dikehendaki membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara bagi mendapatkan lesen sebelum perkhidmatan dapat diberikan. Terdapat juga peruntukan yang mengkehendaki semua pembinaan atau pengubahan dan penutupan kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara terlebih dahulu. Secara keseluruhannya, Akta 672 merangkumi:

• Kelulusan bagi pembinaan, pengubahan atau penutupan kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan;
• Pelesenan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;
• Kawalan ke atas penghasil sisa pepejal dan orang yang memiliki sisa pepejal terkawal;
• Penguatkuasaan; dan
• Pengurangan sisa dan mendapatkan semula sisa pepejal terkawal

Akta 672 telah memberikan kuasa untuk Kerajaan Persekutuan mengambilalih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah – wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. Pelaksanaan Akta 672 dan peraturan – peraturan yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan mencetuskan satu perubahan besar dalam modus operandi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Malaysia.

Selepas Akta 672 dikuatkuasakan, semua kerja – kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Perbadanan. Perubahan ini melibatkan pengambilalihan dengan serta merta tanggungjawab pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada semua PBT. Ini adalah kerana PBT tidak mempunyai kuasa dari segi undang – undang untuk mengendalikan kerja – kerja kutipan dan pelupusan sampah serta perkhidmatan pembersihan awam seperti membersihkan jalan, tempat awam, tandas awam dan longkang. Perbadanan akan mengambilalih pengurusan dan operasi semua tapak pelupusan yang diuruskan oleh PBT termasuk mengenalpasti dan menilai tapak pelupusan sanitari, stesen pemindahan, teknologi insinerator dan pengurusan loji.

 

AKTA 672

 

PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM


  •